Monday, December 7, 2009

Apabila ISLAM Dilupakan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian... Semoga sihat, ceria dan bahagia di samping keluarga tercinta/insan tersayang.

Apabila Islam dilupakan... Itulah tajuk post saya kali ini. Dengan kata lain, tajuk post ini membawa maksud apabila umat Islam sendiri sudah tidak mengamalkan corak kehidupan Islam yang sebenar.

Apabila kita memerhatikan masyarakat di sekeliling kita hari ini (termasuk diri kita sendiri) terutamanya di bandar, bagaimana dengan kehidupan mereka? Amat sukar untuk kita temui individu yang membawa ciri-ciri Islam. Kalau adapun, boleh dihitung dengan jari.. Yang lain dari itu, Islam atau bukan, ciri dan caranya sama sahaja..

Sudut pertama yang kita boleh lihat bahawa amat jelas Islam itu telah dilupakan adalah PAKAIAN. Untuk lebih jelas lagi, mari kita lihat pakaian wanita Islam di bandar-bandar, bandar kecil pun dah cukup. Tak perlu cerita bandar raya atau metropolitan, lagi dahsyat.. Melihat kepada wajahnya Islam, tapi pada pakaiannya? Singkat dan ketat. Seksi dan seksa bila melihatnya.. Yang lebih teruk lagi, masyarkat kita sudah tidak janggal melihat pakaian-pakaian seumpama ini. Sebaliknya, masyarakat kita akan berasa janggal apabila melihat lelaki yang berjubah dan berserban, wanita yang berjubah dan bertudung labuh.

Sudut yang kedua pula, mari kita lihat TEMPAT IBADAT, surau-surau dan masjid-masjid ketika azan dilaungkan terutamanya pada waktu maghrib.. Mari kita hitung berapa ramai umat Islam yang berada di surau-surau dan masjid-masjid berbanding umat Islam yang berada di pasar-pasar malam, super/mini market, tengah bermain bola sepak di padang dan macam-macam tempat lagi. Yang mana lebih ramai??? Antara masjid (masuk percuma) dan stadium bola sepak (masuk berbayar), yang mana lebih ramai pengunjung? Antara qiamulail dan siaran langsung bola sepak, yang mana ramai umat Islam sanggup bangun pukul 3.00 pagi? ...Jelas Islam telah dilupakan.

Ringkaskan cerita...
  • Berapa ramai umat Islam yang belajar membaca al-Quran berbanding mereka yang berpusu-pusu datang ke uji bakat untuk menjadi penyanyi?
  • Berapa ramai umat Islam yang hadir mendengar ceramah-ceramah agama yang percuma berbanding mereka yang menghadiri konsert Siti Nurhaliza yang mahal bayarannya?
  • Berapa ramai umat Islam yang membuat persediaan menghadapi hari kematian/hari akhirat berbanding mereka yang mengumpul harta kekayaan seolah-olah akan hidup selama-lamanya di dunia?
  • Berapa........
Kesimpulannya, semakin hari, semakin Islam itu dilupakan... Fahaman sekularisme telah meresap jauh ke dalam diri dan pemikiran umat Islam.. Islam hanya dipandang pada solat, zakat, puasa, haji, perkahwinan, kematian dan pembahagian harta pusaka. Islam telah dipisahkan dengan kehidupan sedangkan Islam itu sendiri adalah satu kehidupan (cara hidup) Suatu masa nanti, akan tiba masanya Islam akan menjadi janggal (dagang) seperti mana janggalnya masa ia mula-mula datang..

Apabila Islam dilupakan....

Salah dan silap harap diberi teguran yang membina, sekian.

Tuesday, November 24, 2009

PELABURAN EMAS LEBIH MENGUNTUNGKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia...buat pembaca blog sekalian (kalau ada la... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah sebentar di blog saya yang tak seberapa ni.

Tanpa membuang masa lagi, kita fokus terus kepada tajuk di atas, “PELABURAN EMAS LEBIH MENGUNTUNGKAN”. Buat masa ini, saya yakin dengan pendapat saya bahawa tiada pelaburan yang lebih menguntungkan selain Pelaburan Emas (pelaburan dunia la, pelaburan akhirat laaaagiii untung..hehehe). Ini kerana sejarah telah mencatatkan bahawa sejak sekian lama sehinggalah ke hari ini harga emas tidak pernah jatuh untuk jangka masa panjang. Pada tahun ini, harga emas 1oz. adalah sekitar USD1000 dan dijangka naik sehingga USD2000/1oz. pada tahun 2011. Inilah kelebihan emas yang membezakannya dengan wang tunai. Nilai wang tunai akan susut dimakan inflasi dengan kadar purata 5% setahun. Oleh itu, simpanlah wang anda dalam bentuk emas (beli emas). Purata dividen pelaburan ASB adalah 10% setahun ( -5% inflasi = 5% sahaja) berbanding pelaburan emas mencapai 27% setahun tanpa inflasi. Renung-renungkan, fikir-fikirkan...

Pada Julai yang lepas, ebook bertajuk “Emas-Emas Yang Hilang” telah dilancarkan buat kali pertama dan saya tidak melepaskan peluang mendapatkannya dengan harga RM70. Dengan ilmu yang saya perolehi selepas membaca ebook tersebut, memang tidak rugi untuk memilikinya. Pada pelancaran kedua dengan wajah baru dan isi kandungannya yang telah diupgrade, 1000 unit habis terjual tak sampai sebulan walaupun harganya dinaikkan ke RM80. Dan...rasanya sehingga sekarang pun, masih ramai lagi yang tidak melepaskan peluang mendapatkannya (anda bila lagi?).

Dalam pelaburan emas ni, kita ada dua pilihan sama ada melabur emas fizikal atau melabur emas maya (melalui buku akaun pelaburan emas) atau kedua-duanya sekali pun boleh. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri, pilihan terletak di tangan anda sendiri (tepuk dada, tanya iman). Kesemua maklumat berkaitan emas dan teknik bagaimana untuk melipatgandakan keuntungan ada diceritakan dengan panjang lebar dalam ebook tersebut.

Setelah membuat pembacaan, pemahaman dan perhitungan, saya cenderung untuk memilih Pelaburan Emas melalui buku akaun (emas maya) Public Bank Gold Investmen Account (PBGIA). Mengapa saya pilih PBGIA? Baca sendirilah ebook tu...

Oklah, mari kita lihat contoh agar lebih jelas.


Written on 26 November 2008 – 7:29 am by Syukor (En Syukor Hashim, pakar pelaburan emas)

Situasi: Katakan anda telah membeli emas GIA pada 23/10/2008 sebanyak 202 gram.

Harga emas Public Bank GIA ketika itu ialah RM84.99/gram. (Harga beli emas = Selling Price)

Jadi, jumlah modal anda ialah RM17,167.98 (Pengiraan: RM84.99/gram X 202gram)

Kemudian, pada 25/11/2008, harga GIA ialah RM93.02/gram. (Harga jual emas = Buying Price)

Anda telah untung sebanyak RM8.03/gram! (Pengiraan: RM93.02/gram - RM84.99/gram) Bestnyer…
Jumlah keuntungan keseluruhan anda pula ialah RM1622.06!!
(selepas sebulan je)
(Pengiraan: RM8.03/gram x 202 gram)

Jadi, anda bercadang nak jual semula emas anda nie. Jadi berapa banyak nak jual balik? nak jual semua ke?

Jawapan: Memandangkan harga masih lagi dalam trend menaik, anda tak perlu menjual semua emas GIA anda. Anda cuma jual nilai keuntungan sahaja.

Dalam kes ini, keuntungan ialah RM1622.06 . Jadi anda kena jual sebanyak:

RM1622.06/RM93.02 = 17.43 gram

Memandangkan anda kena jual dalam gandaan 1 gram, maka anda cuma perlu menjual 17 gram sahaja dan membawa pulang RM1581.34.

Baki yang tinggal dalam akaun GIA anda sekarang ialah 185 gram. Jadi, bila harga terus menaik lagi, maka anda akan berpeluang mengaut keuntungan lagi dengan cara yang sama.

Best tak?

Kesimpulan: Dalam trend harga menaik, jangan jual semua emas anda. Jual keuntungan sahaja.


Dalam masa sebulan sahaja (23/10/2008 – 25/11/2008), boleh dapat keuntungan sehingga 4 angka, RM1581.34 (baru 17 gram..baki 185 gram lagi? Berapa agak-agaknya jika harga emas naik lagi?) Tapi harus kita ingat, tinggi nilai pelaburan maka tinggilah juga pulangan dan sebaliknya.. Bagaimana jika tiada modal? Kalau anda serius nak melabur emas, saya syorkan buat loan bank (loan ikut kemampuan la..stakat ni, BSN rate paling rendah). Kalau memang anda serius, interest pun boleh cover dengan keuntungan pelaburan emas anda.

Stakat ini saja dulu. Panjang sangat pula post kali ni. Pasti bosan membacanya. Salah silap harap dimaafkan. SAYA BUKANNYA PANDAI SANGAT PUN...CUMA SKADAR SATU PERKONGSIAN. Komen dan teguran membina amat dialu-alukan. Akhir skali, jom sama-sama melabur emas!!!

p.s: Dapatkan ebook Emas-emas Yang Hilang di

http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=anbya80


Saturday, November 21, 2009

VIRUS DR RIDZWAN

Salam sejahtera, salam 1 Malaysia buat pembaca sekalian..

Sebelum ini, dunia digegarkan dengan munculnya virus H1N1 yang telah meragut ribuan nyawa manusia di seluruh dunia termasuklah puluhan nyawa penduduk negara kita, Malaysia Tercinta. Dikhabarkan juga bahawa bulan Oktober yang lepas, gelombang kedua H1N1 sekali lagi akan melanda negara dengan serangan yang lebih teruk lagi memandangkan musim hujan diramal berlaku pada bulan tersebut. Alhamdulillah, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Cerita H1N1 semakin reda tapi kita harus sentiasa berjaga-jaga. Ada artikel mencatatkan virus H1N1 adalah virus ciptaan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan..wallahualam. Laporan lengkap anda boleh daapatkan di http://tipsihat.com

Virus H1N1 semakin reda, muncul pula virus terbaru! Maksud saya, VIRUS DR RIDWAN, seperti tajuk di atas. Dalam tempoh beberapa bulan sahaja, virus ni semakin merebak dan terus bejangkit dengan cepatnya. Malah virus ni lebih ganas dan canggih berbanding virus H1N1 sebab ia boleh berjangkit melaui SMS dan panggilan telefon. Dahsyat sungguh virus ciptaan Dr Ridwan ni. Menurut pengakuan beliau sendiri, beliau telah mengambil masa TUJUH TAHUN untuk mencipta virus tersebut. Nampaknya, orang Malaysia lebih hebat mencipta virus. Syabas buat Malaysia!!!

Sekian, setakat ini sahaja cerita mengarut saya...

Oklah..saya rasa ramai orang dah maklum bila sebut nama Dr Ridzwan, antara jutawan yang terawal di Malaysia (saya tak konfem maklumat ni, dengar cerita orang je). Virus yang saya maksudkan ialah SMART PROJEK beliau. Pada peringkat awalnya, saya memang tidak berminat dengan program-program seperti ini (MLM). Alasannya, saya kurang kenalan (low profile), kurang bercakap (orang tanya, saya jawab/orang tak tanya, diam je la...) dan gaji yang ada masih cukup untuk menyara diri dan keluarga (hidup sederhana je asalkan bahagia). Tapi... apa yang berlaku adalah sebaliknya. Akhirnya, saya terjangkit (bagaimana? biarlah rahsia)...

Nampaknya, kebanyakan mangsa virus ni adalah mereka yang bekerja sebagai pendidik. Amaran kepada semua warga pendidik, risiko anda dijangkiti adalah cukup tinggi!!! Berhati-hati apabila menerima SMS atau sebarang panggilan telefon. Harap-harap wabak ni tak akan menjejaskan mutu pendidikan negara kelak.

Ini cerita serius pulak.. Kebelakangan ini, bisnes (meniaga) telah menjadi pekerjaan part time yang paling popular di kalangan warga pendidik (termasuk saya la...orang baru). Bisnes-bisnes jugak tapi harap bijak membahagikan masa dan tanggungjawab sebagai pendidik tidak diabaikan. Pencapaian biarlah seiring, bisnes maju, dalam masa yang sama pelajar-pelajar di sekolah mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi, pencapaian pelajarlah yang harus lebih diutamakan.

Akhir sekali... Sedikit tazkirah buat kita semua:

Salah satu tanda-tanda kecil kiamat adalah:
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
  • Rujukan: Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari

Sebelum mengundurkan diri, tersilap kata dan terkasar bahasa, jutaan maaf dipinta. Tiada terniat untuk menyinggung perasaan atau memburukkan sesiapa. Yang baik jadikan pedoman dan yang sebaliknya kita jauhkan.

Wassalam...

Friday, July 3, 2009

BUKAN NAK JADI JUTAWAN TAPI CUMA NAK CAPAI BEBAS KEWANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera saudara/i pembaca sekalian...

Pada peringkat awalnya, saya taklah minat sangat dengan berblog-blog ni sampailah pada satu saat saya terbaca cerita tentang GOOGLE ADSENSE. Bukan main terujanya saya buat blog selepas itu walaupun tak tahu apa-apa tentang blog. Last skali, secara tak sengaja saya terklik iklan google pada blog saya sendiri. Apalagi, blacklist teruslah. Keterujaan lenyap tiba-tiba.. Bukan semudah itu rupanya walau hanya nak dapatkan 1 sen..
Selepas itu, perhatian saya terhala pula pada bisnes internet setelah membaca beberapa ebook dan testimoni-testimoni promosi jualan produk online.. Antara ayat-ayat yang berjaya mencuri perhatian saya, " Dapat RM500 sehari". Wow..hebatnya!! Kalaulah saya boleh jadi seperti mereka? Bolehkah saya jadi macam mereka? Benda ni tak mustahil TAPI tak semudah itu.. Apa-apa perkara pun, semuanya memerlukan usaha yang luar biasa untuk mendapatkan hasil yang luar biasa. Kalau pasang umpan kecil, kecillah ikannya dan begitulah sebaliknya.. Walaupun bisnes internet bukan mudah dan penuh dengan cabaran tetapi hati saya begitu kuat mengatakan "Aku mesti cuba". Mungkin inilah sifat saya. Selagi belum mencuba, selagi itu ada yang tak kena. Mungkin saudara/i juga pernah mengalami situasi sebegini.
Saya kerja sebagai guru.. Kalau yang membaca post saya skrg ni seorang guru, dia tahulah. Maksud saya ialah gaji guru yang hanya cukup-cukup untuk sebulan sahaja sementara menunggu gaji bulan yang akan datang. Jangan pula selepasni ada yang melabel saya "cikgu 25hb"..hehe. Tapi itulah hakikatnya..tiada kebebasan kewangan.. Selepas sahaja melangsaikan semua bil dan ansuran kereta, adalah baki duit skit untuk menempuh hari-hari mendatang selama sebulan. Mesti jimat dan simpan takut2 ada kecemasan yang memerlukan duit segera. Sampai sahaja masa yang ditunggu-tunggu iaitu hari gaji yang berikutnya, bolehlah menarik nafas lega untuk sementara waktu. Dan begitu jualah seterusnya..
Tapi saya tidak selesa dengan keadaan ini, maksud saya adalah saya mahu capai tahap kebebasan kewangan. Kebebasan kewangan yang tidak menghalang saya menggunakan wang untuk mendapatkan apa yang saya mahu. Bukan bermaksud untuk membazir-bazir, berfoya-foya atau untuk menunjuk-nunjuk kekayaan. Manusia mempunyai keperluan dan kehendak. Bukan setakat keperluan sahaja yang perlu dipenuhi tetapi kehendak juga kadang-kadang perlu ditunaikan. Zaman terus berubah dan semakin berubah... Contohnya, kalau dulu kereta hanya sekadar kehendak sahaja tapi sekarang kereta adalah keperluan terutamanya bagi mereka yang bekerja. Inilah sebab kepada kes GOOGLE ADSENSE yang saya ceritakan pada awal-awal tadi.. Cerita sebenarnya ialah saya BUKAN NAK JADI JUTAWAN CUMA NAK CAPAI KEBEBASAN KEWANGAN...
Yang terkini, saya sedang mencuba satu bisnes internet. Baru di peringkat permulaan..tak tahu lagi apa perkembangannya.. Apa-apa pun, panjang umur, saya akan ceritakan juga nanti.. Kalau berjaya, saya akan kongsikan bersama saudara/i biar kita sama-sama kaya dan jutawan..hahaha!!! Doakan saya berjaya ya. Amin.. Amin.. Amin ya robbal a'lamin..
Setakat ini sahaja perkongsian saya dengan saudara/i pembaca sekalian. Kalau ada sebarang perkongsian dan pertanyaan, bolehlah hubungi saya melalui emel, puteraanbya@gmail.com atau puteraanbya80@yahoo.com
Assalamualaikum..

Wednesday, June 10, 2009

Kereta PertamaKu



Inilah kerata pertamaku, Proton Gen.2 1.6 auto enjin Campro keluaran versi pertama. Aku telah menempah dan membelinya dari sebuah cawangan Proton Edar di Lahad Datu pada 27 Februari 2006. Cawangan tersebut sudah tiada lagi sekarang. Pada hari ini, 10 Jun 2009, sudah lebih tiga tahun kereta ini memberikan khidmat kepadaku. Walaupun dikatakan enjin Campro 1.6 kereta ini tidak sehebat enjin-enjin kereta yang lain ataupun enjin Gen.2 yang telah diupgrade seperti IAFM atau CPS, aku sangat bersyukur kerana ia masih lagi setia memberi khidmat tanpa banyak "ragam". Kadangkala, aku teringin juga untuk memiliki kereta luar negara yang lebih gah tetapi inilah kemampuan yang aku ada dan inilah rezeki kurniaan Allah swt. Ingatan untuk diriku, dengan bersyukur, Allah swt akan tambahkan lagi nikmatnya dan begitulah sebaliknya. Sekiranya ada rezeki skit, aku akan cuba tambah aksesori secara berperingkat-peringkat. Bukannya bertujuan untuk membazir-bazirkan duit tetapi untuk menghargai dan memelihara apa yang ku ada.

Friday, May 8, 2009

Hari Pertama

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


" Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam keadaan kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh, mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. "

Bekerjalah seolah-olah hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah seolah-olah mati esok hari...

Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara:

  1. Lapang sebelum sibuk
  2. Muda sebelum tua
  3. Kaya sebelum miskin
  4. Sihat sebelum sakit
  5. Hidup sebelum mati

Pesanan dan ingatan ini kutujukan khusus untuk diriku dan juga saudara-saudara yang sedang membaca blog ini. Salam perkenalan dariku.