Friday, July 3, 2009

BUKAN NAK JADI JUTAWAN TAPI CUMA NAK CAPAI BEBAS KEWANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera saudara/i pembaca sekalian...

Pada peringkat awalnya, saya taklah minat sangat dengan berblog-blog ni sampailah pada satu saat saya terbaca cerita tentang GOOGLE ADSENSE. Bukan main terujanya saya buat blog selepas itu walaupun tak tahu apa-apa tentang blog. Last skali, secara tak sengaja saya terklik iklan google pada blog saya sendiri. Apalagi, blacklist teruslah. Keterujaan lenyap tiba-tiba.. Bukan semudah itu rupanya walau hanya nak dapatkan 1 sen..
Selepas itu, perhatian saya terhala pula pada bisnes internet setelah membaca beberapa ebook dan testimoni-testimoni promosi jualan produk online.. Antara ayat-ayat yang berjaya mencuri perhatian saya, " Dapat RM500 sehari". Wow..hebatnya!! Kalaulah saya boleh jadi seperti mereka? Bolehkah saya jadi macam mereka? Benda ni tak mustahil TAPI tak semudah itu.. Apa-apa perkara pun, semuanya memerlukan usaha yang luar biasa untuk mendapatkan hasil yang luar biasa. Kalau pasang umpan kecil, kecillah ikannya dan begitulah sebaliknya.. Walaupun bisnes internet bukan mudah dan penuh dengan cabaran tetapi hati saya begitu kuat mengatakan "Aku mesti cuba". Mungkin inilah sifat saya. Selagi belum mencuba, selagi itu ada yang tak kena. Mungkin saudara/i juga pernah mengalami situasi sebegini.
Saya kerja sebagai guru.. Kalau yang membaca post saya skrg ni seorang guru, dia tahulah. Maksud saya ialah gaji guru yang hanya cukup-cukup untuk sebulan sahaja sementara menunggu gaji bulan yang akan datang. Jangan pula selepasni ada yang melabel saya "cikgu 25hb"..hehe. Tapi itulah hakikatnya..tiada kebebasan kewangan.. Selepas sahaja melangsaikan semua bil dan ansuran kereta, adalah baki duit skit untuk menempuh hari-hari mendatang selama sebulan. Mesti jimat dan simpan takut2 ada kecemasan yang memerlukan duit segera. Sampai sahaja masa yang ditunggu-tunggu iaitu hari gaji yang berikutnya, bolehlah menarik nafas lega untuk sementara waktu. Dan begitu jualah seterusnya..
Tapi saya tidak selesa dengan keadaan ini, maksud saya adalah saya mahu capai tahap kebebasan kewangan. Kebebasan kewangan yang tidak menghalang saya menggunakan wang untuk mendapatkan apa yang saya mahu. Bukan bermaksud untuk membazir-bazir, berfoya-foya atau untuk menunjuk-nunjuk kekayaan. Manusia mempunyai keperluan dan kehendak. Bukan setakat keperluan sahaja yang perlu dipenuhi tetapi kehendak juga kadang-kadang perlu ditunaikan. Zaman terus berubah dan semakin berubah... Contohnya, kalau dulu kereta hanya sekadar kehendak sahaja tapi sekarang kereta adalah keperluan terutamanya bagi mereka yang bekerja. Inilah sebab kepada kes GOOGLE ADSENSE yang saya ceritakan pada awal-awal tadi.. Cerita sebenarnya ialah saya BUKAN NAK JADI JUTAWAN CUMA NAK CAPAI KEBEBASAN KEWANGAN...
Yang terkini, saya sedang mencuba satu bisnes internet. Baru di peringkat permulaan..tak tahu lagi apa perkembangannya.. Apa-apa pun, panjang umur, saya akan ceritakan juga nanti.. Kalau berjaya, saya akan kongsikan bersama saudara/i biar kita sama-sama kaya dan jutawan..hahaha!!! Doakan saya berjaya ya. Amin.. Amin.. Amin ya robbal a'lamin..
Setakat ini sahaja perkongsian saya dengan saudara/i pembaca sekalian. Kalau ada sebarang perkongsian dan pertanyaan, bolehlah hubungi saya melalui emel, puteraanbya@gmail.com atau puteraanbya80@yahoo.com
Assalamualaikum..