Monday, December 7, 2009

Apabila ISLAM Dilupakan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian... Semoga sihat, ceria dan bahagia di samping keluarga tercinta/insan tersayang.

Apabila Islam dilupakan... Itulah tajuk post saya kali ini. Dengan kata lain, tajuk post ini membawa maksud apabila umat Islam sendiri sudah tidak mengamalkan corak kehidupan Islam yang sebenar.

Apabila kita memerhatikan masyarakat di sekeliling kita hari ini (termasuk diri kita sendiri) terutamanya di bandar, bagaimana dengan kehidupan mereka? Amat sukar untuk kita temui individu yang membawa ciri-ciri Islam. Kalau adapun, boleh dihitung dengan jari.. Yang lain dari itu, Islam atau bukan, ciri dan caranya sama sahaja..

Sudut pertama yang kita boleh lihat bahawa amat jelas Islam itu telah dilupakan adalah PAKAIAN. Untuk lebih jelas lagi, mari kita lihat pakaian wanita Islam di bandar-bandar, bandar kecil pun dah cukup. Tak perlu cerita bandar raya atau metropolitan, lagi dahsyat.. Melihat kepada wajahnya Islam, tapi pada pakaiannya? Singkat dan ketat. Seksi dan seksa bila melihatnya.. Yang lebih teruk lagi, masyarkat kita sudah tidak janggal melihat pakaian-pakaian seumpama ini. Sebaliknya, masyarakat kita akan berasa janggal apabila melihat lelaki yang berjubah dan berserban, wanita yang berjubah dan bertudung labuh.

Sudut yang kedua pula, mari kita lihat TEMPAT IBADAT, surau-surau dan masjid-masjid ketika azan dilaungkan terutamanya pada waktu maghrib.. Mari kita hitung berapa ramai umat Islam yang berada di surau-surau dan masjid-masjid berbanding umat Islam yang berada di pasar-pasar malam, super/mini market, tengah bermain bola sepak di padang dan macam-macam tempat lagi. Yang mana lebih ramai??? Antara masjid (masuk percuma) dan stadium bola sepak (masuk berbayar), yang mana lebih ramai pengunjung? Antara qiamulail dan siaran langsung bola sepak, yang mana ramai umat Islam sanggup bangun pukul 3.00 pagi? ...Jelas Islam telah dilupakan.

Ringkaskan cerita...
  • Berapa ramai umat Islam yang belajar membaca al-Quran berbanding mereka yang berpusu-pusu datang ke uji bakat untuk menjadi penyanyi?
  • Berapa ramai umat Islam yang hadir mendengar ceramah-ceramah agama yang percuma berbanding mereka yang menghadiri konsert Siti Nurhaliza yang mahal bayarannya?
  • Berapa ramai umat Islam yang membuat persediaan menghadapi hari kematian/hari akhirat berbanding mereka yang mengumpul harta kekayaan seolah-olah akan hidup selama-lamanya di dunia?
  • Berapa........
Kesimpulannya, semakin hari, semakin Islam itu dilupakan... Fahaman sekularisme telah meresap jauh ke dalam diri dan pemikiran umat Islam.. Islam hanya dipandang pada solat, zakat, puasa, haji, perkahwinan, kematian dan pembahagian harta pusaka. Islam telah dipisahkan dengan kehidupan sedangkan Islam itu sendiri adalah satu kehidupan (cara hidup) Suatu masa nanti, akan tiba masanya Islam akan menjadi janggal (dagang) seperti mana janggalnya masa ia mula-mula datang..

Apabila Islam dilupakan....

Salah dan silap harap diberi teguran yang membina, sekian.